Sponsored KC

Tuesday 12 August 2014

Harga benang naik lagi

Salam sejahtera semua yang sudi menjengah laman KC ini agar kalian semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya...Amin.

Inilah benang Minlon Family yang KC gunakan.Kali ini KC gunakan warna putih permintaan dari kawan lama untuk membuat alas meja kerusi empat.Nantikan bila KC dah mula mengait akan KC postkan iye.


Petang tadi kc pergi kedai benang beli 6 buku benang seperti yang dalam gambar.Harga sekarang RM 8.50 sebuku...making lama makin naik harganya.Taukeh kedai kata bulan depan Sept  2014 mahu naik lagi harga benang.Kc tanyalah dengan taukeh berapa banyak mahu kasi naik... Taukeh kata lebih kurang RM seringgit lebih itu macam...ayooo banyak mahal....

 Kalau dulu pada tahun 80an mula kc mengait baru harganya RM 4.20,lama sedikit naik kepada RM 4.80...setiap tahun naik sehinggalah Semarang ini kepada RM 8.50.Mahal macamana pun tetap kc beli jugak....hihihihi kata dah hobi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Untuk pengetahuan penghujung blog, 
KC juga ada menerima tempahan jika ada berminat boleh hubungi 
 KC sms atau whassap 011 11178071 .
TETAPI di ingatkan bahawa untuk menyiapkan pengait ini akan memakan masa tergantung jenis kaitnya dan besar kecilnya saiz yang di tempah.

No comments: